SEJARAH SEKOLAH
Nama sekolah ini diambil sempena lokasi sekolah yang terletak dalam kawasan Taman Kenari. Sekolah Kebangsaan Taman Kenari telah beroperasi hampir 10 tahun. Bermula pada 16 Januari 2000, murid-murid pertama SKTK hanya menumpang di SK Sungai Ular, Kulim yang melibatkan seramai 582 orang murid dan dibantu oleh 23 orang guru untuk mengajar pada sesi petang.
Pada 14 Mei 2000, murid-murid tersebut telah dipindahkan sepenuhnya ke premis baru bertempat di Taman kenari, Kulim. Bangunan ini mempunyai 4 blok meliputi 30 bilik darjah, 2 bilik makmal computer, 2 bilik kemahiran hidup, bilik muzik dan bilik Pendidikan Seni.
Murid-murid yang ditempatkan di SKTK meliputi anak-anak penduduk sekitar Taman Kenari, Taman Tiong, Taman Merpati, Taman Nuri, Taman Kenyalang, Taman Camar, Taman Kota Kenari, Kampung Padang Buloh. Pada awal tahun 2002 murid sekolah ini telah bertambah dengan mendadak kepada bilangan 1186 orang. Keadaan ini menyebabkan kesesakan dan kekurangan bilik darjah. Untuk mengatasi masalah tersebut, pihak pengurusan sekolah terpaksa menggunakan bilik khas iaitu makmal sains dan bilik pendidikan seni sebagai bilik kelas.
Jumlah guru juga telah bertambah, pada 30 April 2002 seramai 51 orang guru telah ditempatkan di sekolah ini yang terdiri daripada 12 guru lelaki dan 39 guru perempuan. Guru besar yang pertama ialah Pn Rohaya bt Wan Chik dengan dibantu oleh Tn Hj Shari Ibrahim sebagai PK Pentadbiran, Tn Hj Habib Che Rus sebagai PK Hem serta En Jasni Jais sebagai PK-Kokurikulum.
